Sunday, March 8, 2009

PERJUMPAAN BERSAMA PENTADBIRAN API : AKAN ADA PERUBAHAN

APIUM 4hb- Satu perjumpaan tertutup antara pentadbiran API dan wakil fakulti telah di adakan pada hari rabu yang lepas untuk membincangkan beberapa perkara penting. Perjumpaan ini juga merupakan titik tolak mengeratkan tali slaturrahim antara pentadbiran akademi dengan wakil fakulti.

Di dalam perjumpaan tersebut cadangan yang di utarakan oleh saya dan saudara Aizat Saleh yang juga wakil fakulti telah di terima baik dan menjadi perhatian oleh pentadbiran akademi.

Antaranya ialah mewujudkan pembudayaan ilmu di APIUM, kelas tafaqquh fi al-din, penurunan harga makanan di kafeteria APIUM, mewujudkan rak almari berkunci di beberapa tempat strategik untuk para pelajar dan lain-lain lagi.

Program pengukuhan bahasa Arab juga menjadi perbincangan kami dengan penghantaran pelajar terpilih kali ke-2 seramai 45 orang ke tiga buah negara iaitu Mesir, Bahrain dan Qatar.
Isu Tabung Kebajikan Pelajar juga telah dibincangkan dan ia sedang dikaji semula oleh pentadbiran dalam menentukan syarat-syarat penerimanya.

Antara pimpinan pelajar lain yang hadir ialah Izat Amin Mohd Nasir (YDP PMAPIUM) dan Mohd Haafizuddin Abi Rerah (YDP PMIUM).

Semoga pertemuan kali pertama ini menjadi menifestasi perubahan APIUM ke arah yang lebih baik dari sudut akademik, sahsiah, kebajikan, keselamatan dan lain-lain lagi.

Disediakan oleh,
Mohd Fadzil Jamal
Wakil Fakulti APIUM
MPMUM sesi 08/09

No comments: