Monday, March 9, 2009

FOKUS : GMP ULANGI PERARAKAN KERANDA 152


Antara peristiwa atau sebab membuatkan perlaksanaan PPSMI tidak relevan:-

1) Majalah Guru, Mei 1931- "Jika tiada sekolah Melayu-perasaan kebangsaan Melayu sangat wajib menjadi semangat atau nyawa kemajuan itu tidak ada bertambah subur seperti yang ada sekarang bahkan semakin bertambah kurang dan hilang."

2) Majalah Guru, 1931- seorang penulis menyatakan "Sesungguhnya tiada orang Melayu boleh kasih akan bangsanya jika tiada kasih akan bahasanya."

3) Prof Khoo Kay Kim- "Sejarah kesedaran sosial tentang bahasa lebih awal dari kesedaran politik. Begitu juga dengan gerakan menentang Malaya Union yang digerakkan oleh unsur bahasa Melayu, budaya Melayu dan agama Islam.

4) 1949 : Seorang ahli Perundangan persekutuan, Zainal Abidin Abas mendesak kerajaan menjadikan bahasa Melayu di samping bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib diajar di semua sekolah bantuan kerajaan.

5) 1950 : ASAS 50 ditubuhkan untuk mengembangkan bahasa Melayu.



6) 1956 : Jawatankuasa Pelajaran Razak dibentuk untuk memajukan sistem pendidikan dalm bahasa Melayu.

7) Perlembagaan 1957 : Fasal 152 mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Dalam fasal ini terdapat klausa menyatakan selepas 10 tahun merdeka kedudukan bahasa Inggeris masih ditentukan oleh Parlimen. Bahasa Inggeris dianggap bahasa rasmi selain bahasa Melayu.

8) 1964-1967 : Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan(BBBK) untuk memastikan bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi tunggal. Pengerusi iaitu Tun Syed Nasir Ismail dan Hassan Ahmad (Setiausaha). Dato' Dr Hassan Ahmad sekarang merupakan pengerusi GMP.

9) 23 Febuari 1967 : Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan 1967 dikemukakan di Parlimen.

10) 2 Mac 1967 : Naib YDP PAS, Dato' Asri Haji Muda telah membahaskan rang undang-undang tersebut dengan panjang lebar, tentang perlunya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa Inggeris digugurkan kedudukan rasminya. Tunku Abdul Rahman (PM Pesekutuan Tanah Melayu) ketika itu tidak menerima pandangan yang dikemukakan.

11) 2 Mac 1967 : Seramai 2,000 orang Melayu dari 150 pertubuhan bukan kerajaan berkumpul di Balai Budaya DBP membantah agar Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan 1967 tidak diluluskan.

12) 3 Mac 1967 : Mereka berarak dengan mengusung keranda yang bertulis 152 ke residen Perdan Menteri kerana membantah rang undang-undang tersebut. Peristiwa itu dikenali sebagai peristiwa Keranda 152. Perarakan gagal menuju ke kediaman Tunku Abdul Rahman kerana dihalang oleh polis.

* 19 Julai 2002 : PPSMI di putuskan oleh Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad dan mula dilaksanakan pada Januari 2003.

No comments: