Sunday, June 14, 2009

SPM : Lulus BI Wajib?

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran menegemukakan cadangan syarat lulus SPM berdasarkan pelajar harus lulus subjek Bahasa Inggeris.

Sebelum ini beliau juga mencadangkan jumlah subjek untuk SPM minimum menjadi 10 subjek sahaja. Idea yang dibawa beliau menjurus kepada transformasi pendidikan di negara ini ke arah yang lebih baik.

Cadangan menjadikan BI sebagai syarat lulus SPM telah mendapat reaksi dari pelbagai pihak. Beliau juga mempelawa orang ramai memberi pandangan terhadap cadangan tersebut. Terdapat pro dan kontra terhadap cadangan ini.

Bagi pandangan peribadi, saya yang juga bakal guru kelak melihat cadangan ini harus diperhalusi sedalam-dalamnya sebelum ianya dilaksanakan. Kerajaan terlebih dahulu perlu tampil dengan pendirian terhadap isu PPSMI yang masih tergantung sama ada ingin diteruskan atau tidak.

Kerajaan harus sedar bahawa jurang pendidikan luar bandar amat terkebelakang dari aspek infrastruktur, tenaga dan kualiti guru, sistem pentadbiran dan sebagainya.

Beliau juga menyatakan pandangan pembalajaran Bahasa Inggeris pada masa kini lebih kepada komunikasi bukannya tatabahasa. Oleh itu, saya melihat guru BI perlu diperkasakan terlebih dahulu dari aspek aplikasi pembelajaran dan pengajaran (P&P). Selain itu, kerajaan perlu melakukan kajian pendidikan terhadap cadangan ini.

Justeru, kita mengharapkan perkara yang sama tidak berulang seperti perlaksanaan PPSMI yang sedikit sebanyak terbukti kelemahannya dan masyarakat perlu berganding bahu bersama kerajaan membawa gagasan transformasi pendidikan yang cemerlang, gemilang dan tebilang.


2 comments:

mohad said...

rasanya nanti ramai lah yang tak lulus ..

Mohd Fadzil Bin Jamal said...

betul tu