Wednesday, June 24, 2009

BICARA TOKOH


Syeikh Ahmad Yassin - Tokoh HAMAS di Palestin

Pendahuluan
Syeikh Ahmad Yassin bukanlah nama asing bagi umat seluruh dunia, apatah lagi yang sering mengikuti perkembangan bumi Anbiya' Palestin. Beliau merupakan antara watak utama gerakan HAMAS di Palestin yang digeruni oleh bangsa Yahudi dan menjadi 'target' utama untuk dihapuskan walaupun keadaan fizikalnya tidak normal seperti manusia lain.

Beliau mempunyai pemikiran yang matang dalam isu membebaskan Palestin dari cengakaman rejim Yahudi sehingga dianggap seorang yang mempunyai kepakaran dalam membaca strategi musuh. Ketokohan beliau menarik beberapa tokoh HAMAS lain seperti Abd Aziz Rantisi, Khaled Masyal dan lain-lain.




Sejarah Ringkas & Perjuangan

Beliau dilahirkan di sebuah kampung bernama al-Jora yang terletak di wilayah Asqalan pada tahun 1938. Beliau seorang pelajar yang cemerlang didalam pelajarannya dan merupakan seorang yang aktif bersukan. Di zaman mudanya, beliau telah ditimpa kemalangan di mana beliau telah terjatuh ketika beriadah dan menyebabkan beliau lumpuh pada bahagian kakinya.

Pada tahun 1964, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Ain Shams di Kaherah. Beliau tidak dapat menamatkan pangajiannya apabila dipenjara selama sebulan oleh pihak berkuasa Mesir setelah didapati terlibat dengan pertubuhan Ikhwan Muslimin pada tahun 1966.

Lebih malang lagi beliau telah dihantar pulang ke Gaza. Beliau tidak patah semangat langsung meneruskan perjuangan dengan menjadi guru bahasa Arab dan khatib di Masjid Gaza. Khutbah-khutbahnya memikat hati para pendengar dan menjadikan beliau terkenal di kalangan penduduk Gaza.

Sekitar tahun 1969 dan 1970, beliau telah menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di Gaza dan pada tahun 1973 menubuhkan Mujamma al-Islam. Pada tahun 1983, beliau menjawat jawatan Pengarah Pusat Islam di Gaza kemudian dipenjara atas tuduhan memiliki senjata api dan beliau dibebaskan pada tahun 1985.

Pada Disember 1987, beliau dan beberapa tokoh masyarakat Ikhwan Muslimin Gaza telah menubuhkan HAMAS dan ideologi gerakan tersebut diisytihar pada 18 Ogos 1988. Gerakan ini amat digeruni musuh Allah sehingga Amerika Syarikat meletakkan gerakan ini senarai pertubuhan pengganas.

Bliau terus diangkat menjadi ikon masyarakat Islam dunia. Kata-kata beliau yang meluncur dibibir ibarat siraman kerohanian yang membangkitkan semangat jihad anak-anak muda Palestin.

Harus diingat memimpin HAMAS bererti menyediakan nyawa untuk perjuangan. Beliau tidak pernah gentar menghadapi musuh-musuh Allah.

Pada waktu subuh yang hening tanggal 22 Mac 2004, dunia dikejutkan dengan kematian tokoh ulung HAMAS ini setelah serangan helikopter Apache milik Yahudi telah membawa beliau bertemu Allah s.w.t. Kematian beliau merupakan konspirasi jahat zionis untuk mengendurkan daya juang pendokong gerakan HAMAS namun perancangan Allah mengatasi segalanya. Gerakan ini terus subur sehingga hari ini dengan lahir tokoh-tokoh baru yang mewarnai rona perjuangan bumi Palestin yang tercinta.





No comments: