Saturday, January 10, 2009

Sekitar Demo Aman Palestin - Mahasiswa ke Kedutaan Mesir


Jumaat 9 Januari 2009- Mahasiswa dan orang awam membanjiri perkarangan Masjid As-Syakirin selepas solat Jumaat untuk menyatakan bantahan mereka ke atas kekejaman Israel yang terus membedil dan mengganyang rakyat Palestin yang tidak berdosa. Hampir 2000 mahasiswa menyertai demonstrasi aman Palestin berarak dari Masjid As-Syakirin KLCC ke Kedutaan Mesir.



Perhimpunan ini merupakan bantahan dari anak muda Islam terutamanya mahasiswa seluruh Malaysia sudah bersedia sekiranya gendang jihad dibunyikan untuk membantu rakan-rakan umat Islam di Palestin. Kenyataan angkuh Ehud Olmert yang tidak akan sama sekali memberhentikan serangan ke atas Palestin selagi mana para pejuang HAMAS terus bertindak balas ke atas mereka.


Ayuh sahabat-sahabat!!! Marilah kita sama-sama bangkit dan bersatu untuk membantu warga Palestin yang kini diganyang teruk oleh rejim zionis Yahudi laknatullah ini. Bantuan doa dan kewangan kita amat diperlukan oleh mereka untuk memberikan kemenangan ke atas mereka menentang tentera-tentera Israel.

TAKBIR!!!

No comments: