Sunday, January 18, 2009

HARAPAN & PERUBAHAN...



Salam Harapan & Perubahan...


Kehangatan Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) sesi 08/09 berada di fasa akhir. Sesi berkempen buat calon-calon yang bertanding akan tamat pada hari ini jam 11.30 malam. Bagi mereka inilah peluang yang perlu digunakan sebaik-baiknya untuk meraih undi di kalangan mahasiswa.

Kepada rakan-rakan APIUM, saya ingin maklumkan bahawa tanggungjawab kita belum selesai walaupun saya dan sahabat saya saudara Aizat Saleh telah diisytiharkan menang tanpa bertanding pada Hari Penamaan Calon yang lepas. Jangan dilupakan bahawa esok 19 Januari 2009 merupakan tarikh pembuangan undi buat warga kampus UM. Saya berharap kepada semua rakan-rakan APIUM akan menunaikan tanggungjawab anda untuk mengundi calon-calon umum yang bertanding bagi memastikan keMENANGan berpihak kepada kita. Besarlah harapan saya kepada anda semua supaya memilih pemimpin-pemimpin berkaliber untuk memastikan kabinet MPMUM kali ini kembali segar dan progresif menjaga hak-hak mahasiswa.


TEMPAT PEMBUANGAN UNDI

KOLEJ KEDIAMAN : WARGA KOLEJ

DTC : MAHASISWA LUAR KAMPUS

MASA : 9.00 PAGI - 4.30 PETANG

PERUBAHAN DI TANGAN ANDA

STUDENT POWER!!!



Yang Berkhidmat,
Mohd Fadzil Bin Jamal
Wakil Fakulti,
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya.

No comments: