Sunday, April 15, 2012

Perkongsian Ilmu Buku '40 Hadis Palsu Popular'


Dalam suasanan masyarakat yang kian dahagakan ilmu, sebuah buku berkaitan Hadis Palsu telah diluncurkan di tengah-tengah masyarakat bagi mengisi ruang ilmu sebagai panduan & pedoman berguna. Buku yang berjudul '40 Hadis Palsu Popular' ini hasil karya saudara Abdul Razak Mutahalib ini telah memberi sumbangan bermakna dalam karya Islam versi Bahasa Melayu khususnya dalam bidang hadis.

Secara keseluruhan, buku ini baik dan sesuai kepada semua lapisan masyarakat untuk mengambil manfaatnya. Saya akan kongsikan beberapa isi di dalam buku ini sebagai perkongsian semua agar 'menyuntik' semangat anda untuk mendapatkannya di kedai-kedai buku seterusnya mendalami sendiri sebagai pedoman dalam kehidupan.

Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pengenalan, 40 hadis palsu popular dan rumusan. Apa yang saya ingin kongsikan adalah hadis yang diulas terperinci pada bahagian kedua. Saya akan kongsikan 3 hadis sahaja yang terdapat di dalam buku ini. Ianya sangat sinonim dengan masyarakat pada masa kini.


1) Menuntut Ilmu Sehingga ke China

"Tuntutlah ilmu walau ke negara China"

Ulasan Sarjana Hadis

Hadis ini dikategorikan palsu oleh para sarjana hadis. Antaranya ialah Al-Jarrahi dalam kitabnya "Kash al-Khafa", Ibn Arraq al-Kannani dalam kitabnya "Tanzih al-Syariah" dan Ali al-Qari dalam kitabnya "al-Maudhu'at al-Kabir".

Hadis ini dihukum palsu kerana kecacatan yang terdapat pada sanadnya. Dalam sanad hadis ini, seorang pelapor(periwayat) yang bernama Abu Atikah Tharif bin Sulaiman merupakan seorang yang lemah dan tergolong sebagai salah seorang yang memalsukan hadis.


2) Menuntut Ilmu Daripada Buaian

"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Ulasan Sarjana Hadis

Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz berkata: "Tidak ada asal usul bagi hadis ini dan ia adalah palsu". Kata-kata beliau dinukilkan oleh Syeikh Said bin Soleh dalam bukunya "Ahadith Mardudah".


3) Meraikan Maulid Nabi

"Siapa yang merayakan hari kelahiranku, maku aku akan menjadi pemberi syafaat (pertolongan) kepadanya pada hari kiamat. Dan siapa yang memberi sedekah satu dirham untuk maulidku, seolah-olah dia sudah memberi sedekah satu gunung emas semata-mata untuk jalan Allah"

Ulasan Sarjana Hadis

Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan Abu Sulaiman ketika dtanya tentang hadis ini, beliau berkata: "Ini merupakan pendustaan kepada Rasulullah yang hanya direka oleh para ahli bidaah".


Akhirnya, besarlah harapan saya agar semua pembaca dapat membeli seterusnya menghayati mutiara ilmu yang terdapat di dalam buku ini. Semoga ia menjadi panduan dan pedoman kita semua dalam kehidupan. Semoga penulis buku ini mendapat ganjaran sebaiknya di sisi Allah s.w.t. Amin!

2 comments:

Fahmi Ismail said...

Salam.Saudara, saya ada membeli buku ini, dan sudah membaca hadis yangke 16.Dari situ,saya tergerak hati untuk mengkaji pendapat lain tentang hadis yang ke 16 yang telah ditulis.Setelah mencari sumber dari internet,saya bertemu dengan satu blog bernama jomfaham.blogspot dan laman blog itu telah menyangkal beberapa hadis palsu yang telah dikemukakan oleh buku ini.Mohon pendapat serta pandangan saudara tentang ini.Allahualam.

skatemalaysia said...

semua org dah banned buku ni. yg kenyataan dari jom tu betul...