Tuesday, May 26, 2009

Dun Penanti tanpa BN, Dun Manek Urai BN sedia tanding?

Keputusan-keputusan pilihan raya pasca PRU-12 cukup meresahkan dan melemaskan BN. Ia bermula di Permatang Pauh kemudian di Kuala Terengganu dan diikuti di Bukit Gantang dan Bukit Selambau jelas memperlihatkan rakyat menolak BN sekaligus menjadikan Pakatan Rakyat menjadi pilihan mereka.
Ekoran siri kekalahan tersebut, BN mencipta pelbagai alasan yang kononnya dijadikan hujah untuk tidak bertanding di Dun Penanti pada 30 Mei ini. Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak menyatakan pilihan raya kecil (PRK) tersebut adalah ciptaan pembangkang selepas penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 16 April lalu.
Selain itu, mereka juga mencipta alasan tidak mahu membazirkan wang rakyat selain ingin menumpukan agenda ekonomi negara yang meruncing akhir-akhir ini. Pesoalannya disini, adakah tidak menyertai pilihan raya ekonomi negara boleh pulih seperti sedia kala?
Pakatan Rakyat dilihat mempunyai prinsip perjuangan jelas dengan tidak melihat menang atau kalah dalam pilihan raya kerana mereka sudah biasa mengalami kekalahan dalam pilihan raya kecil atau umum sebelum ini dan mereka juga tidak pernah menolak untuk bertanding. Kalah atau menang bukan menjadi ukuran.
Seharusnya BN sebagai sebuah parti yang memiliki jentera yang besar dan kuat termasuk menguasai media arus perdana yang memihak kepada mereka tidak takut untuk berdepan rakyat di Penanti. Peluang mendekati dan menawan hati rakyat semula tidak harus dilepaskan begitu sahaja. Adakah mereka gentar menggempur kubu kuat PKR itu? Selepas hari penamaan calon yang lepas, Dr Mansor Othman akan membawa cabaran PKR dan Pakatan Rakyat di Dun Penanti dan beliau akan ditentang oleh tiga orang calon Bebas.
Manusia merancang, Allah juga merancang, sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t. Dalam kemelut dan kegawatan politik Malaysia hari ini, Allah menjemput Allahyarham Ismail Yaakob (ADUN Manek Urai) menjadi tetamuNya selepas menghembuskan nafas terakhir pada 22 Mei lalu akibat sakit jantung. Justeru, PRK Dun Manek Urai, Kelantan harus diadakan selepas berlaku kekosongan akibat kematian penyandangnya. Sekali lagi jantung BN berdegup kencang untuk mengahadapi PRK tersebut walaupun senario ini tidak digemari BN.
Media pasti tertumpu kepada BN untuk mengetahui keputusan adakah mereka akan bertanding atau tidak di Dun Manek Urai tersebut. BN pasti mempertimbangkan pendirian mereka untuk bertanding di kubu kuat PAS itu. Kebanyakan pemipin PAS menasihatkan agar BN tidak bertanding untuk mengelakkan pembaziran wang rakyat dalam pilihan raya itu nanti.
Yang pasti, semua pengundi di Penanti dan Manek Urai akan menjadi hakim pada pilihan raya itu nanti. Sama-samalah kita saksikan kesudahannya…

No comments: