Tuesday, February 3, 2009

SERANGAN BARU ISRAEL



Israel telah melancarkan satu serangan baru semalam ke atas Genting Gaza yang mana serangan telah disasarkan ke kompleks sekuriti Hamas dan terowong rahsia.Mereka mendakwa tempat tersebut digunakan untuk menyeludup senjata.

Serangan Israel itu merupakan tindak balas mereka setelah terdapat beberapa serangan dilancarkan ke negara mereka.Mereka mengugut untuk melakukan lebih banyak serangan sekiranya serangan roket tidak dihentikan.

Menurut satu sumber keselamatan dan orang ramai berkata, seorang penduduk Palestin terbunuh dan empat yang lain cedera dalam salah satu serangan ke atas bandar Rafah yang bersempadan dengan Mesir.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak berkata, mereka mahukan keamanan tetapi sekiranya keadaan tenang tidak tercapai, mereka akan bertindak sekali lagi.

Dalam pada itu, HAMAS mengesahkan lima terowong rahsia telah dibedil oleh tentera Israel.

No comments: