"Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.." - Prof. Diraja Ungku Aziz
Syeikh Ahmad Yassin bukanlah nama asing bagi umat seluruh dunia, apatah lagi yang sering mengikuti perkembangan bumi Anbiya' Palestin. Beliau merupakan antara watak utama gerakan HAMAS di Palestin yang digeruni oleh bangsa Yahudi dan menjadi 'target' utama untuk dihapuskan walaupun keadaan fizikalnya tidak normal seperti manusia lain.
Beliau mempunyai pemikiran yang matang dalam isu membebaskan Palestin dari cengakaman rejim Yahudi sehingga dianggap seorang yang mempunyai kepakaran dalam membaca strategi musuh. Ketokohan beliau menarik beberapa tokoh HAMAS lain seperti Abd Aziz Rantisi, Khaled Masyal dan lain-lain.
Sejarah Ringkas & Perjuangan
Beliau dilahirkan di sebuah kampung bernama al-Jora yang terletak di wilayah Asqalan pada tahun 1938. Beliau seorang pelajar yang cemerlang didalam pelajarannya dan merupakan seorang yang aktif bersukan. Di zaman mudanya, beliau telah ditimpa kemalangan di mana beliau telah terjatuh ketika beriadah dan menyebabkan beliau lumpuh pada bahagian kakinya.
Pada tahun 1964, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Ain Shams di Kaherah. Beliau tidak dapat menamatkan pangajiannya apabila dipenjara selama sebulan oleh pihak berkuasa Mesir setelah didapati terlibat dengan pertubuhan Ikhwan Muslimin pada tahun 1966.
Lebih malang lagi beliau telah dihantar pulang ke Gaza. Beliau tidak patah semangat langsung meneruskan perjuangan dengan menjadi guru bahasa Arab dan khatib di Masjid Gaza. Khutbah-khutbahnya memikat hati para pendengar dan menjadikan beliau terkenal di kalangan penduduk Gaza.
Sekitar tahun 1969 dan 1970, beliau telah menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di Gaza dan pada tahun 1973 menubuhkan Mujamma al-Islam. Pada tahun 1983, beliau menjawat jawatan Pengarah Pusat Islam di Gaza kemudian dipenjara atas tuduhan memiliki senjata api dan beliau dibebaskan pada tahun 1985.
Pada Disember 1987, beliau dan beberapa tokoh masyarakat Ikhwan Muslimin Gaza telah menubuhkan HAMAS dan ideologi gerakan tersebut diisytihar pada 18 Ogos 1988. Gerakan ini amat digeruni musuh Allah sehingga Amerika Syarikat meletakkan gerakan ini senarai pertubuhan pengganas.
Bliau terus diangkat menjadi ikon masyarakat Islam dunia. Kata-kata beliau yang meluncur dibibir ibarat siraman kerohanian yang membangkitkan semangat jihad anak-anak muda Palestin.
Harus diingat memimpin HAMAS bererti menyediakan nyawa untuk perjuangan. Beliau tidak pernah gentar menghadapi musuh-musuh Allah.
Pada waktu subuh yang hening tanggal 22 Mac 2004, dunia dikejutkan dengan kematian tokoh ulung HAMAS ini setelah serangan helikopter Apache milik Yahudi telah membawa beliau bertemu Allah s.w.t. Kematian beliau merupakan konspirasi jahat zionis untuk mengendurkan daya juang pendokong gerakan HAMAS namun perancangan Allah mengatasi segalanya. Gerakan ini terus subur sehingga hari ini dengan lahir tokoh-tokoh baru yang mewarnai rona perjuangan bumi Palestin yang tercinta.
Al-fatihah buat tokoh gerakan Islam abad ini, Ustaz Dr Fathi Yakan telah kembali menemui Tuhan-Nya semalam pada 13 Jun 2009. Beliau meninggal pada umur 75 tahun. Pemergian beliau amat dirasai bagi para pejuang dan pendokong gerakan Islam.
Beliau sangat sinonim dalam bidang penulisan. Antara sumbangannya yang saya kira terbesar adalah karya agungnya iaitu "Maza ya'ni intima'i lil islam" (Apa Ertinya saya Menganut Islam). Buku yang menjadi panduan atau silibus usrah di merata tempat. Buku inilah juga menjadi rujukan pertama saya di sekolah menengah dulu.
Bagi saya beliau seorang tokoh gerakan Islam yang harus di contohi oleh kita semua. Mungkin ramai anak-anak muda tidak mengenali beliau. Pemikiran beliau harus diwacanakan supaya ketokohan beliau yang begitu bernilai diketahui umum.
Semoga akan lahir tokoh-tokoh dan ulama agung sehebat Dr Fathi Yakan untuk kesinambungan perjuangan Islam yang penuh dengan cabaran ini.
Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran menegemukakan cadangan syarat lulus SPM berdasarkan pelajar harus lulus subjek Bahasa Inggeris.
Sebelum ini beliau juga mencadangkan jumlah subjek untuk SPM minimum menjadi 10 subjek sahaja. Idea yang dibawa beliau menjurus kepada transformasi pendidikan di negara ini ke arah yang lebih baik.
Cadangan menjadikan BI sebagai syarat lulus SPM telah mendapat reaksi dari pelbagai pihak. Beliau juga mempelawa orang ramai memberi pandangan terhadap cadangan tersebut. Terdapat pro dan kontra terhadap cadangan ini.
Bagi pandangan peribadi, saya yang juga bakal guru kelak melihat cadangan ini harus diperhalusi sedalam-dalamnya sebelum ianya dilaksanakan. Kerajaan terlebih dahulu perlu tampil dengan pendirian terhadap isu PPSMI yang masih tergantung sama ada ingin diteruskan atau tidak.
Kerajaan harus sedar bahawa jurang pendidikan luar bandar amat terkebelakang dari aspek infrastruktur, tenaga dan kualiti guru, sistem pentadbiran dan sebagainya.
Beliau juga menyatakan pandangan pembalajaran Bahasa Inggeris pada masa kini lebih kepada komunikasi bukannya tatabahasa. Oleh itu, saya melihat guru BI perlu diperkasakan terlebih dahulu dari aspek aplikasi pembelajaran dan pengajaran (P&P). Selain itu, kerajaan perlu melakukan kajian pendidikan terhadap cadangan ini.
Justeru, kita mengharapkan perkara yang sama tidak berulang seperti perlaksanaan PPSMI yang sedikit sebanyak terbukti kelemahannya dan masyarakat perlu berganding bahu bersama kerajaan membawa gagasan transformasi pendidikan yang cemerlang, gemilang dan tebilang.
Baru-baru ini, selatan Thailand digemparkan dengan berita serangan tidak berperikemanusiaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab keatas Masjid Al-Furqan wilayah Narathiwat,Thailand.
Sekumpulan lelaki bersenjata automatik melepaskan tembakan ketas jemaah yang sedang menunaikan solat isyak. Kejadian itu meyebabkan 11 orang termasuk imam terbunuh dan 19 lagi cedera.
Serangan ini juga berlaku ketika Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vijajiva melakukan kunjungan hormat keatas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. Pada pertemuan itu, kedua-dua belah pihak berstuju untuk menyelesaikan pergolakan di selatan Thailand ini.
Keputusan-keputusan pilihan raya pasca PRU-12 cukup meresahkan dan melemaskan BN. Ia bermula di Permatang Pauh kemudian di Kuala Terengganu dan diikuti di Bukit Gantang dan Bukit Selambau jelas memperlihatkan rakyat menolak BN sekaligus menjadikan Pakatan Rakyat menjadi pilihan mereka. Ekoran siri kekalahan tersebut, BN mencipta pelbagai alasan yang kononnya dijadikan hujah untuk tidak bertanding di Dun Penanti pada 30 Mei ini. Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak menyatakan pilihan raya kecil (PRK) tersebut adalah ciptaan pembangkang selepas penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 16 April lalu. Selain itu, mereka juga mencipta alasan tidak mahu membazirkan wang rakyat selain ingin menumpukan agenda ekonomi negara yang meruncing akhir-akhir ini. Pesoalannya disini, adakah tidak menyertai pilihan raya ekonomi negara boleh pulih seperti sedia kala? Pakatan Rakyat dilihat mempunyai prinsip perjuangan jelas dengan tidak melihat menang atau kalah dalam pilihan raya kerana mereka sudah biasa mengalami kekalahan dalam pilihan raya kecil atau umum sebelum ini dan mereka juga tidak pernah menolak untuk bertanding. Kalah atau menang bukan menjadi ukuran. Seharusnya BN sebagai sebuah parti yang memiliki jentera yang besar dan kuat termasuk menguasai media arus perdana yang memihak kepada mereka tidak takut untuk berdepan rakyat di Penanti. Peluang mendekati dan menawan hati rakyat semula tidak harus dilepaskan begitu sahaja. Adakah mereka gentar menggempur kubu kuat PKR itu? Selepas hari penamaan calon yang lepas, Dr Mansor Othman akan membawa cabaran PKR dan Pakatan Rakyat di Dun Penanti dan beliau akan ditentang oleh tiga orang calon Bebas. Manusia merancang, Allah juga merancang, sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t. Dalam kemelut dan kegawatan politik Malaysia hari ini, Allah menjemput Allahyarham Ismail Yaakob (ADUN Manek Urai) menjadi tetamuNya selepas menghembuskan nafas terakhir pada 22 Mei lalu akibat sakit jantung. Justeru, PRK Dun Manek Urai, Kelantan harus diadakan selepas berlaku kekosongan akibat kematian penyandangnya. Sekali lagi jantung BN berdegup kencang untuk mengahadapi PRK tersebut walaupun senario ini tidak digemari BN. Media pasti tertumpu kepada BN untuk mengetahui keputusan adakah mereka akan bertanding atau tidak di Dun Manek Urai tersebut. BN pasti mempertimbangkan pendirian mereka untuk bertanding di kubu kuat PAS itu. Kebanyakan pemipin PAS menasihatkan agar BN tidak bertanding untuk mengelakkan pembaziran wang rakyat dalam pilihan raya itu nanti. Yang pasti, semua pengundi di Penanti dan Manek Urai akan menjadi hakim pada pilihan raya itu nanti. Sama-samalah kita saksikan kesudahannya…
Sunday, May 10, 2009
Ibu, Sungguh banyak jasamu membesarkanku, Bagai menatang minyak yang penuh, Tanpa kenal erti penat dan jemu...
Ibu, Kini anakmu telah dewasa, Merantau mencari sebekal ilmu di dada, Buat panduan hidup menjadi insan berguna...
Ibu, Jasamu akan kuingat selamanya, Kau ibarat permata dalam hidupku, Sayangku kepadamu tiada titik noktahnya...