
"Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.." - Prof. Diraja Ungku Aziz
Thursday, February 17, 2011
Hosni Mubarak 'tunduk' dengan kuasa rakyat

Sunday, June 6, 2010
Segera runtuhkan keegoan Israel
Bumi Palestin terus menangis apabila flotila pembebasan Gaza yang membawa bantuan kemanusiaan terus disekat Israel. Terbaru, kapal MV Rachel Corrie yang disertai sekumpulan sukarelawan pro-Palestin telah ditawan secara ‘aman’ oleh armada tentera laut Israel. Sikap angkuh dan biadap rejim Israel ini terbukti kerana mereka sebelum ini telah menawan kapal Mavi Marmara yang mengakibatkan 9 orang sukarelawan terbunuh dan lebih 30 orang lagi cedera.
Rakyat Palestin diibaratkan hidup di penjara terbuka kawalan Israel yang menyaksikan setiap usaha membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza sentiasa gagal. Jalan darat terus disekat, tiada laluan udara dan perairan Gaza terus dipantau rejim zionis.
Serangan rejim Israel baru-baru ini telah membawa masyarakat seluruh dunia tanpa mengira bangsa dan agama turun ke jalan raya mengecam dan memprotes sekeras-kerasnya tindakan biadap mereka itu.
Situasi getir ini juga mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab mengadakan sidang tergempar. Namun tiada resolusi bertindak yang tegas sehingga sekarang.
Dalam perkembangan lain, pemimpin utama dunia termasuk Malaysia turut mengecam sekeras-kerasnya tindakan kejam Israel tersebut kerana telah mencabuli undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.
Justeru, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) mendesak kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap jenayah yang dilakukan Israel. Usul tergempar di Parlimen harus membawa tindakan mengheret rejim Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk menuntut keadilan 9 orang sukarelawan yang telah terbunuh.
MPMN juga mendesak Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak lebih agresif dan proaktif terhadap jenayah terbaru yang dilakukan Israel seterusnya meminta sekutu kuat rejim Yahudi itu, Amerika Syarikat tidak membenarkan ketidakadilan dan pencabulan hak asasi manusia berterusan rejim Israel terhadap Palestin.
Selain itu, kita berharap kerajaan Mesir terus membuka pintu sempadan Rafah yang memisahkan Gaza dan Mesir bagi memastikan usaha bantuan kemanusiaan daripada seluruh dunia dapat dibawa masuk dengan mudah.
MPMN juga menyeru mahasiswa dan masyarakat seluruh dunia bersatu hati dan berdiri diatas paksi keamanan sejagat untuk terus memberikan tekanan terhadap rejim Israel dan menyatakan pendirian tegas membenci sebarang bentuk kezaliman dan penindasan.
Timb. Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN)
Thursday, June 3, 2010
NAMA-NAMA PEJUANG
- Noorazman Mohd Samsuddin, Haluan Palestin
- Dr Mohd Arbai'e Syawal, Haluan Palestin
- Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad, Haluan Palestin
- Al-Hami Husain Suhaimi, Haluan Palestin
- Mohd Nizam Mohd Awang, Haluan Palestin
- Hasanuddin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
- Jamuliddin Elias, Yayasan Amal
- Dr Selamat Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
- Abdul Halim Mohd Redzuan, Muslim Care
- Mustafa Mansur, Mapim
- Ashwad Ismail, wartawan Astro Awani
- Shamsul Kamal Latif, jurukamera Astro Awani

Tuesday, June 1, 2010
12 rakyat M'sia di kapal yang diserang Israel
Dua belas rakyat Malaysia disahkan berada di kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel.
Mereka termasuk dua wartawan sebuah televisyen berbayar di Malaysia.
Adalah dipercayai Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain.
Jurucakap Lifeline4Gaza, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata sembilan daripada mereka adalah sukarelawan dari enam NGO dari Malaysia.
Mereka termasuk Haluan, Aqsa Syarif, Yayasan Amal, Muslim Care, Palestine Centre of Excellence (Pace) dan Jemaah Islamiah Malaysia (JIM).
Dr Hafidzi berkata dia gagal menghubungi kumpulannya itu apabila serangan bermula dan mereka belum dapat mengenal-pasti identiti ke-12 rakyat Malaysia berkenaan.
Dr Abd Rani melalui SMS kepada Malaysiakini juga memberitahu bahawa sekurang-kurangnya 16 aktivis pro-Palestin dibunuh, manakala puluhan lagi cedera dalam serangan itu.
Kapal Mavi Marmara yang dimiliki Turki itu kini dilaporkan dibawa ke Haifa, manakala semua penumpangnya akan dipenjarakan.
Dua wartawan Astro Awani itu dikenalpasti sebagai Ashwad Ismail dan jurugambar dan Samsul Kamal Abdul Latip. Usaha Malaysiakini menghubungi Ashwad setakat ini tidak berhasil.
Manakala dalam laman Twitter-nya, Ashwad hanya mengemaskinikan statusnya kira-kira 14 jam lalu.
"Mavi Marmara on alert. Semua berada pada tahap tertinggi. Dua pesawat pemantau Drone dipercayai milik Israel kelihatan," coretan terakhirnya sebelum tragedi itu dipetik.
Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.
Rangkaian televisyen berkenaan berkata, laporan awal mengesahkan dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.
Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.
Sunday, June 14, 2009
PERGINYA SEORANG PEJUANG...
Al-fatihah buat tokoh gerakan Islam abad ini, Ustaz Dr Fathi Yakan telah kembali menemui Tuhan-Nya semalam pada 13 Jun 2009. Beliau meninggal pada umur 75 tahun. Pemergian beliau amat dirasai bagi para pejuang dan pendokong gerakan Islam.Beliau sangat sinonim dalam bidang penulisan. Antara sumbangannya yang saya kira terbesar adalah karya agungnya iaitu "Maza ya'ni intima'i lil islam" (Apa Ertinya saya Menganut Islam). Buku yang menjadi panduan atau silibus usrah di merata tempat. Buku inilah juga menjadi rujukan pertama saya di sekolah menengah dulu.
Bagi saya beliau seorang tokoh gerakan Islam yang harus di contohi oleh kita semua. Mungkin ramai anak-anak muda tidak mengenali beliau. Pemikiran beliau harus diwacanakan supaya ketokohan beliau yang begitu bernilai diketahui umum.
Semoga akan lahir tokoh-tokoh dan ulama agung sehebat Dr Fathi Yakan untuk kesinambungan perjuangan Islam yang penuh dengan cabaran ini.
Tuesday, February 3, 2009
SERANGAN BARU ISRAEL

Serangan Israel itu merupakan tindak balas mereka setelah terdapat beberapa serangan dilancarkan ke negara mereka.Mereka mengugut untuk melakukan lebih banyak serangan sekiranya serangan roket tidak dihentikan.
Menurut satu sumber keselamatan dan orang ramai berkata, seorang penduduk Palestin terbunuh dan empat yang lain cedera dalam salah satu serangan ke atas bandar Rafah yang bersempadan dengan Mesir.
Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak berkata, mereka mahukan keamanan tetapi sekiranya keadaan tenang tidak tercapai, mereka akan bertindak sekali lagi.
Dalam pada itu, HAMAS mengesahkan lima terowong rahsia telah dibedil oleh tentera Israel.
Saturday, January 10, 2009
Sekitar Demo Aman Palestin - Mahasiswa ke Kedutaan Mesir



TAKBIR!!!
Tuesday, January 6, 2009
QUNUT NAZILAH
Wednesday, December 31, 2008
GAZA TERUS BERMANDI DARAH

Kita melihat beberapa negara-negara Arab, Malaysia dan lain-lain lagi bingkas bangun dari lamunan menunjukkan respon mengecam tindakan kekejaman Israel itu. Yang menjadi persoalan yang bermain di minda kita semua sebagai umat Islam bilakah perdamaian akan berlaku. Siri kekejaman ini akan terus berlaku selagi mana kuasa besar barat iaitu Amerika Syarikat (US) menaungi atau menaja siri kerakusan Israel ini. Suara dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga tidak dihiraukan oleh mereka. Adakah kita ingin melihat satu perang besar lagi akan tercetus yang melibatkan orang Islam dan puak Yahudi laknatullah ini.

Akhirnya, persoalan dan kekejaman ini sampai bila akan menemui noktahnya dengan perdamaian antara kedua-dua belah pihak. Tetapi harus diingat oleh kita semua harapan sinar baru untuk melihat kekejaman Israel ini berkurangan menyerang bumi Palestin dengan menanti kemunculan Presiden baru AS iaitu Barrack Obama yang bakal menggantikan diktator laknatullah, George W. Bush. Kita sama-sama mengharapkan laungan yang dimainkan oleh Obama yang akan cuba mengendurkan taring AS yang sebelum ini hanya memekakkan telinga untuk menjadi kuasa besar dunia.
Oleh itu, kita sebagai umat Islam sama-sama berdoa agar bumi Palestin akan diwarnai lembaran mentari baru yang ceria kerana semua warga Palestin turut sama mengidamkan bumi merdeka seperti mana negara lain yang bebas merdeka dan berdaulat.
SALAM PERJUANGAN BUAT SEMUA...TAKBIR!!!
Nukilan http://fadziljamal.blogspot.com
