Wednesday, March 10, 2010

BUKU YANG HARUS DIMILIKI!!!


Judul : Belajar Dari Perang Uhud; Strategi Menghadapi Kekalahan
Penulis : Hepi Andi Bastoni
Penerbit : Kemilau Publika Sdn Bhd.
Harga : RM 16

"Jika kamu (pada Perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itu pun
(pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, kami gilirkan antara manusia (agar mereka mendapat pengajaran); dan supaya Allah s.w.t. membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikanNya (gugur sebagai) syuhada'. Dan Allah s.w.t. tidak menyukai orang-orang
yang zalim"

(Surah Ali Imran : 140)

Tuesday, March 9, 2010

Jadual Roadshow MPMUM ke Kolej-Kolej Kediaman

8 Mac 2010 (Isnin)

Kolej Kediaman Pertama
9.00mlm-9.30mlm
Kolej Kediaman Keenam
9.30mlm-10.00mlm
Kolej Kediaman Kedua
10.00mlm-10.30mlm


9 Mac 2010 (Selasa)

Kolej Kediaman Ketiga
9.00mlm-9.30mlm
Kolej Kediaman Keempat
9.30mlm-10.00mlm
Kolej Kediaman Ketujuh
10.00mlm-10.30mlm


10 Mac 2010 (Rabu)

Kolej Kediaman Kesembilan
9.00mlm-9.30mlm
Kolej Kediaman Kelapan 9.30mlm-10.00mlm
Kolej Kediaman Kesepuluh 10.00mlm-10.30mlm


11 Mac 2010 (Khamis)

Kolej Kediaman Kelima
9.00mlm-9.30mlm
Kolej Kediaman Keduabelas
9.30mlm-10.00mlm
Kolej Kediaman Kesebelas
10.00mlm-10.30mlm

p/s : Kepada semua rakan-rakan dapat turun beramai-ramai untuk memeriahkan majlis. TQ

Kenyataan Media Sempena Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan MPMUM 09/10

Kenyataan Media

Sempena Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan

Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM)

Oleh:

Majlis Perwakilan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (MPPMUM)

25 Februari 2010 (Khamis)

Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya

Pendahuluan

Pilihan raya kampus Universiti Malaya secara rasminya berakhir pada 28 Januari 2010 lepas. Universiti Malaya (UM) tidak terlepas berhadapan dengan isu-isu Pilihan Raya Kampus (PRK), antaranya bantahan mahasiswa terhadap penggunaan sistem e-voting yang membawa kepada penggantungan keputusan pilihan raya kampus selama seminggu.

Walaupun keputusan secara rasminya telah diumumkan oleh Naib Canselor, Datuk Ghauth Jasmon pada 3 Februari 2010 yang lepas yang menyaksikan kumpulan Penggerak Mahasiswa memenangi pilihan raya kampus kali ini, namun isu-isu yang berkaitan dengan ketelusan pilihan raya kampus UM masih lagi belum selesai.

Majlis Perwakilan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (MPPMUM) hari ini secara rasminya ditubuhkan oleh calon-calon Pro-Mahasiswa yang telah memenangi 17 kerusi dalam PRK baru-baru ini. Ia ditubuhkan berikutan pendirian kami tidak mengiktiraf jawatan-jawatan yang telah dilantik melalui mesyuarat bersama wakil-wakil MPMUM pada minggu lepas.

Kronologi Isu

Pada 9 Februari 2010, kesemua 41 calon-calon yang telah memenangi pilihan raya kampus (PRK) dipanggil bagi bermesyuarat untuk melantik empat jawatan utama Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM). Antara wakil Hak Ehwal Pelajar (HEP) yang hadir adalah Encik K Puniamurty, Encik Hashim Abd. Ghani, Puan Nor Hafizah Abdullah, Cik Hasniah Daud dan Encik Rozaini Abdul Rahim.

Pemilihan jawatan-jawatan tersebut dilakukan secara undian rahsia ahli mesyuarat dan akhirnya saudara Khairul Anwar Abu Kasim (calon umum) telah dipilih sebagai YDP, Tee Wooi Keat (calon fakulti kejuruteraan) sebagai NYDP, Rahmah Husna (calon fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat) sebagai Setiausaha dan Koo Wei Juin (calon fakulti Sains) sebagai Bendahari. Pemegang jawatan-jawatan utama tersebut menyaksikan tiga daripada empat jawatan Majlis Tertinggi utama dipilih adalah daripada calon fakulti dengan kuasa undian majoriti. Calon-calon Pro-Mahasiswa mempertikaikan kredibiliti serta kerelevenan lantikan tersebut lantaran calon fakulti tidak mewakili suara keseluruhan mahasiswa. Disamping itu juga, Yang Di-Pertua telah dipilih daripada calon yang mendapat undian terendah di antara calon-calon umum yang menang.

Pada 10 Februari 2010, calon-calon Pro-Mahasiswa sekali lagi dipanggil bagi menghadiri mesyuarat perlantikan jawatan-jawatan lain di dalam MPMUM. Namun, Pro-Mahasiswa (Pro-M) telah mengambil keputusan untuk tidak menghadiri sebagai tanda protes dan tidak mengiktiraf lantikan jawatan-jawatan sebelum ini yang didakwa tidak membawa suara majoriti mahasiswa. Hasilnya, calon-calon Pro-Mahasiswa langsung tidak mendapat tempat di dalam jawatan-jawatan utama seperti Majlis Tertinggi, dan hanya dilantik sebagai ahli jawatankuasa (AJK) di bawah biro.

Sekali lagi calon-calon Pro-Mahasiswa menunjukkan protes dengan tidak mengiktiraf lantikan tersebut. Adakah logik dan wajar, calon-calon umum yang dipilih dan diundi oleh keseluruhan mahasiswa universiti hanya diletakkan sebagai AJK dalam biro? Situasi ini menampakkan lagi kedangkalan serta ketidak-warasan pemimpin-pemimpin Penggerak Mahasiwa. Justeru itu, Pro-Mahasiswa mengisytiharkan bermulalah pembentukan sebuah ‘kabinet kartun’ MPMUM di Universiti Malaya.

Sebagai jalan profesional terakhir, calon-calon Pro-Mahasiswa tetap juga mahu mengadakan rundingan atas pertimbangan agar tidak membelakangkan suara majoriti mahasiswa yang telah memilih di dalam pilihan raya kampus baru-baru ini. Satu pertemuan sulit pada 21 Februari 2010 telah diadakan di antara wakil calon Pro-Mahasiswa, saudara Mohd Fadzil Bin Jamal dengan YDP MPMUM, saudara Khairul Anwar Bin Abu Kasim bagi membincangkan perkara tersebut.

Fadzil berunding agar diberikan jawatan yang sesuai dengan jumlah undian serta posisi calon umum yang menang. Sekurang-kurangnya meletakkan calon-calon umum Pro-Mahasiswa yang memenangi lapan daripada sembilan kerusi umum di dalam kerusi Majlis Tertinggi. Antara persetujuan yang dicapai adalah:

I. Beliau (YDP) bersedia memberi beberapa kerusi MT jika kami ( kerusi umum yang menang ) sudi hadir untuk berunding damai.

II. Jaminan kerjasama dan kesamarataan untuk semua pihak juga akan diberikan .

III. Meminta kami dan mengharapkan semua untuk mengabaikan sentimen kepartian.

Rentetan itu, satu mesyuarat tergempar pada 22 Februari 2010 telah diadakan diantara Majlis Tertinggi dengan calon-calon Pro-Mahasiswa bagi mencapai persepakatan tersebut. Namun, apa yang berlaku, persepakatan tersebut telah ditolak mentah-mentah oleh Majlis Tertinggi atas alasan jawatan yang sedia ada telah dipilih secara majoriti. Akhirnya, calon-calon Pro-Mahasiswa bertindak dengan memulaukan dan meninggalkan mesyuarat tersebut.

Beberapa calon bebas pada mesyuarat tersebut turut menyatakan tidak bersetuju atas lantikan mereka ke dalam jawatan Majlis Tertinggi kerana mereka menang untuk berkhidmat di kawasan fakulti masing-masing berdasarkan manifesto kepada mahasiswa. Mereka juga mencadangkan agar calon-calon umum yang menang diangkat semula ke jawatan MT, kerana lebih sesuai dan relevan dengan posisi mereka.

Pendirian MPPMUM

MPPMUM pada hari ini berpendirian:

  1. MPPMUM sekali-kali tidak mengiktiraf ‘kabinet kartun’ yang telah dibentuk kerana tindakan itu telah membelakangkan kehendak suara mahasiswa majoriti yang telah memilih calon-calon mereka.

  1. MPPMUM hari ini mengisytiharkan kabinet yang dipilih oleh mahasiswa untuk membawa suara mahasiswa dan terus memperjuangkan agenda-agenda kebajikan, keadilan dan kesejahteraan kepada semua mahasiswa.

Kami, pimpinan mahasiswa MPPMUM komited dan konsisten dalam memperjuangkan suara mahasiswa. Kami akan terus membawa suara mahasiswa, menghapuskan kezaliman, membanteras penyelewengan, dan memberikan hak keadilan dan kebajikan kepada yang berhak dan memerlukan. Demokrasi kampus harus segera dipulihkan demi melahirkan mahasiswa yang berkualiti, berkepimpinan, intelek dan berguna kepada universiti dan negara kelak.

“Memperjuangkan suara mahasiswa demi masa depan dan kecemerlangan universiti”

Majlis Perwakilan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya

(MPPMUM)

Mohd Fadzil Jamal (Calon Umum), Akademi Pengajian Islam

Mohamad Hafiz Ilyas (Calon Umum), Akademi Pengajian Islam

Muhamad Syafiq Badrishah (Calon Umum), Bahasa dan Linguistik

Goh Chin How (Calon Umum) Fakulti Undang-Undang

Insan Fitriani Ilyas Rasjid (Calon Fakulti Bahasa dan Linguistik)

Mohd Hairil Zainal Abidin (Calon Pusat Kebudayaan)

Chang Chin Nam (Calon Pusat Kebudayaan)

Nurul Husna Azmi (Calon Akademi Pengajian Melayu)

Siti Zuraini Mohd Jenan (Calon Umum) Akademi Pengajian Islam

Lee Keang Kiet (Calon Umum) Perniagaan dan Perakaunan

Yasmin Mohamed Yusof (Calon Fakulti Perubatan)

Nur Dalilah Mokhtar (Calon Akademi Pengajian Islam)

Siti Nadzirah Majeed (Calon Umum) Akademi Pengajian Islam

Husna Khairany Mohammad Husni (Calon Fakulti Bahasa dan Linguistik)

Chan Kheng Fai (Calon Umum) Undang-Undang

Mohd Syahid Mohd Zaini (Calon Akademi Pengajian Islam)

Mohd Syukri Mohd Taib (Calon Fakulti Pergigian)

Thursday, February 4, 2010

Thursday, December 17, 2009

Kerajaan BN nyaris terbubar....

Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat hampir tergugat apabila proses pengundian meluluskan Bajet 2010 pada 14 Disember lalu diakhiri dengan kelebihan tiga undi sahaja memihak BN dan nyaris-nyaris kerajaan BN hampir terbubar.

Detik cemas tersebuat dirasai Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di mana katanya berdasarkan konvensyen negara berparlimen, sekiranya bajet tidak diluluskan kerajaan BN terpaksa dibubar dan pilihan raya perlu diadakan.Bagaimanakah perasaan Datuk Seri Najib ketika itu??? Kemana hilangnya MP-MP BN yang lain???

Menurut sumber, 15 ahli parlimen Pakatan Rakyat masing masing lima dari PAS dan bakinya dari PKR dan DAP gagal hadir pada sesi pengundian tersebut.

Manakala 70 Ahli Parlimen dari BN juga gagal hadir pada pengundian tersebut.

Kegagalan kesemua MP Pakata Rakyat (PR) untuk hadir proses pengundian tersebut menyebabkan mereka telah dikritik hebat oleh media khususnya blog sekaligus gagal menolak bajet Najib.

Kerajaan BN umpama telur dihujung tanduk ketika itu....biarkan.