Sunday, June 14, 2009

PERGINYA SEORANG PEJUANG...

Al-fatihah buat tokoh gerakan Islam abad ini, Ustaz Dr Fathi Yakan telah kembali menemui Tuhan-Nya semalam pada 13 Jun 2009. Beliau meninggal pada umur 75 tahun. Pemergian beliau amat dirasai bagi para pejuang dan pendokong gerakan Islam.

Beliau sangat sinonim dalam bidang penulisan. Antara sumbangannya yang saya kira terbesar adalah karya agungnya iaitu "Maza ya'ni intima'i lil islam" (Apa Ertinya saya Menganut Islam). Buku yang menjadi panduan atau silibus usrah di merata tempat. Buku inilah juga menjadi rujukan pertama saya di sekolah menengah dulu.




Bagi saya beliau seorang tokoh gerakan Islam yang harus di contohi oleh kita semua. Mungkin ramai anak-anak muda tidak mengenali beliau. Pemikiran beliau harus diwacanakan supaya ketokohan beliau yang begitu bernilai diketahui umum.

Semoga akan lahir tokoh-tokoh dan ulama agung sehebat Dr Fathi Yakan untuk kesinambungan perjuangan Islam yang penuh dengan cabaran ini.


SPM : Lulus BI Wajib?

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran menegemukakan cadangan syarat lulus SPM berdasarkan pelajar harus lulus subjek Bahasa Inggeris.

Sebelum ini beliau juga mencadangkan jumlah subjek untuk SPM minimum menjadi 10 subjek sahaja. Idea yang dibawa beliau menjurus kepada transformasi pendidikan di negara ini ke arah yang lebih baik.

Cadangan menjadikan BI sebagai syarat lulus SPM telah mendapat reaksi dari pelbagai pihak. Beliau juga mempelawa orang ramai memberi pandangan terhadap cadangan tersebut. Terdapat pro dan kontra terhadap cadangan ini.

Bagi pandangan peribadi, saya yang juga bakal guru kelak melihat cadangan ini harus diperhalusi sedalam-dalamnya sebelum ianya dilaksanakan. Kerajaan terlebih dahulu perlu tampil dengan pendirian terhadap isu PPSMI yang masih tergantung sama ada ingin diteruskan atau tidak.

Kerajaan harus sedar bahawa jurang pendidikan luar bandar amat terkebelakang dari aspek infrastruktur, tenaga dan kualiti guru, sistem pentadbiran dan sebagainya.

Beliau juga menyatakan pandangan pembalajaran Bahasa Inggeris pada masa kini lebih kepada komunikasi bukannya tatabahasa. Oleh itu, saya melihat guru BI perlu diperkasakan terlebih dahulu dari aspek aplikasi pembelajaran dan pengajaran (P&P). Selain itu, kerajaan perlu melakukan kajian pendidikan terhadap cadangan ini.

Justeru, kita mengharapkan perkara yang sama tidak berulang seperti perlaksanaan PPSMI yang sedikit sebanyak terbukti kelemahannya dan masyarakat perlu berganding bahu bersama kerajaan membawa gagasan transformasi pendidikan yang cemerlang, gemilang dan tebilang.


SIAPAKAH DALANGNYA??


Baru-baru ini, selatan Thailand digemparkan dengan berita serangan tidak berperikemanusiaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab keatas Masjid Al-Furqan wilayah Narathiwat,Thailand.


Sekumpulan lelaki bersenjata automatik melepaskan tembakan ketas jemaah yang sedang menunaikan solat isyak. Kejadian itu meyebabkan 11 orang termasuk imam terbunuh dan 19 lagi cedera.


Serangan ini juga berlaku ketika Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vijajiva melakukan kunjungan hormat keatas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. Pada pertemuan itu, kedua-dua belah pihak berstuju untuk menyelesaikan pergolakan di selatan Thailand ini.

Persoalannya, siapakah dalang disebalik kejadian ini? Apakah puncanya?


Kita mengharapkan siasatan terperinci dijalankan oleh pihak berkuasa Thailand seterusnya membawa pihak tidak bertanggugjawab ini ke muka pengadilan.





Tuesday, May 26, 2009

Dun Penanti tanpa BN, Dun Manek Urai BN sedia tanding?

Keputusan-keputusan pilihan raya pasca PRU-12 cukup meresahkan dan melemaskan BN. Ia bermula di Permatang Pauh kemudian di Kuala Terengganu dan diikuti di Bukit Gantang dan Bukit Selambau jelas memperlihatkan rakyat menolak BN sekaligus menjadikan Pakatan Rakyat menjadi pilihan mereka.
Ekoran siri kekalahan tersebut, BN mencipta pelbagai alasan yang kononnya dijadikan hujah untuk tidak bertanding di Dun Penanti pada 30 Mei ini. Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak menyatakan pilihan raya kecil (PRK) tersebut adalah ciptaan pembangkang selepas penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 16 April lalu.
Selain itu, mereka juga mencipta alasan tidak mahu membazirkan wang rakyat selain ingin menumpukan agenda ekonomi negara yang meruncing akhir-akhir ini. Pesoalannya disini, adakah tidak menyertai pilihan raya ekonomi negara boleh pulih seperti sedia kala?
Pakatan Rakyat dilihat mempunyai prinsip perjuangan jelas dengan tidak melihat menang atau kalah dalam pilihan raya kerana mereka sudah biasa mengalami kekalahan dalam pilihan raya kecil atau umum sebelum ini dan mereka juga tidak pernah menolak untuk bertanding. Kalah atau menang bukan menjadi ukuran.
Seharusnya BN sebagai sebuah parti yang memiliki jentera yang besar dan kuat termasuk menguasai media arus perdana yang memihak kepada mereka tidak takut untuk berdepan rakyat di Penanti. Peluang mendekati dan menawan hati rakyat semula tidak harus dilepaskan begitu sahaja. Adakah mereka gentar menggempur kubu kuat PKR itu? Selepas hari penamaan calon yang lepas, Dr Mansor Othman akan membawa cabaran PKR dan Pakatan Rakyat di Dun Penanti dan beliau akan ditentang oleh tiga orang calon Bebas.
Manusia merancang, Allah juga merancang, sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t. Dalam kemelut dan kegawatan politik Malaysia hari ini, Allah menjemput Allahyarham Ismail Yaakob (ADUN Manek Urai) menjadi tetamuNya selepas menghembuskan nafas terakhir pada 22 Mei lalu akibat sakit jantung. Justeru, PRK Dun Manek Urai, Kelantan harus diadakan selepas berlaku kekosongan akibat kematian penyandangnya. Sekali lagi jantung BN berdegup kencang untuk mengahadapi PRK tersebut walaupun senario ini tidak digemari BN.
Media pasti tertumpu kepada BN untuk mengetahui keputusan adakah mereka akan bertanding atau tidak di Dun Manek Urai tersebut. BN pasti mempertimbangkan pendirian mereka untuk bertanding di kubu kuat PAS itu. Kebanyakan pemipin PAS menasihatkan agar BN tidak bertanding untuk mengelakkan pembaziran wang rakyat dalam pilihan raya itu nanti.
Yang pasti, semua pengundi di Penanti dan Manek Urai akan menjadi hakim pada pilihan raya itu nanti. Sama-samalah kita saksikan kesudahannya…

Sunday, May 10, 2009




Ibu,
Sungguh banyak jasamu membesarkanku,
Bagai menatang minyak yang penuh,
Tanpa kenal erti penat dan jemu...

Ibu,
Kini anakmu telah dewasa,
Merantau mencari sebekal ilmu di dada,
Buat panduan hidup menjadi insan berguna...

Ibu,
Jasamu akan kuingat selamanya,
Kau ibarat permata dalam hidupku,
Sayangku kepadamu tiada titik noktahnya...


SELAMAT HARI IBU!!!

Emak anakmu akan kembali nanti =)






Thursday, May 7, 2009

PENGUMUMAN PENTING


Sebarang masalah boleh tinggalkan di ruangan ''comments"
untuk perhatian saya.

"Kebersamaan, Kesatuan, Kesejahteraan"

Sekian terima kasih..


Tuesday, May 5, 2009

SENYUM...



Salam sejahtera buat sahabat-sahabatku...
Setelah bertarung penuh kental, fizikal & mental
akhirnya exam semester 2 08/09 telah berjaya ditempuhi...
Lega seketika..Tersenyum =)

Kini aku kembali fokus kepada tanggungjawabku sebagai Exco MPMUM..
Banyak tugasan yang perlu diselesaikan segera...
Amanah dari rakan-rakan perlu ditunaikan...

Ya Allah tabahkanlah hati ini...
Semoga aku dipermudahkan segala urusan...