Sunday, June 14, 2009

SIAPAKAH DALANGNYA??


Baru-baru ini, selatan Thailand digemparkan dengan berita serangan tidak berperikemanusiaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab keatas Masjid Al-Furqan wilayah Narathiwat,Thailand.


Sekumpulan lelaki bersenjata automatik melepaskan tembakan ketas jemaah yang sedang menunaikan solat isyak. Kejadian itu meyebabkan 11 orang termasuk imam terbunuh dan 19 lagi cedera.


Serangan ini juga berlaku ketika Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vijajiva melakukan kunjungan hormat keatas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. Pada pertemuan itu, kedua-dua belah pihak berstuju untuk menyelesaikan pergolakan di selatan Thailand ini.

Persoalannya, siapakah dalang disebalik kejadian ini? Apakah puncanya?


Kita mengharapkan siasatan terperinci dijalankan oleh pihak berkuasa Thailand seterusnya membawa pihak tidak bertanggugjawab ini ke muka pengadilan.





Tuesday, May 26, 2009

Dun Penanti tanpa BN, Dun Manek Urai BN sedia tanding?

Keputusan-keputusan pilihan raya pasca PRU-12 cukup meresahkan dan melemaskan BN. Ia bermula di Permatang Pauh kemudian di Kuala Terengganu dan diikuti di Bukit Gantang dan Bukit Selambau jelas memperlihatkan rakyat menolak BN sekaligus menjadikan Pakatan Rakyat menjadi pilihan mereka.
Ekoran siri kekalahan tersebut, BN mencipta pelbagai alasan yang kononnya dijadikan hujah untuk tidak bertanding di Dun Penanti pada 30 Mei ini. Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak menyatakan pilihan raya kecil (PRK) tersebut adalah ciptaan pembangkang selepas penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 16 April lalu.
Selain itu, mereka juga mencipta alasan tidak mahu membazirkan wang rakyat selain ingin menumpukan agenda ekonomi negara yang meruncing akhir-akhir ini. Pesoalannya disini, adakah tidak menyertai pilihan raya ekonomi negara boleh pulih seperti sedia kala?
Pakatan Rakyat dilihat mempunyai prinsip perjuangan jelas dengan tidak melihat menang atau kalah dalam pilihan raya kerana mereka sudah biasa mengalami kekalahan dalam pilihan raya kecil atau umum sebelum ini dan mereka juga tidak pernah menolak untuk bertanding. Kalah atau menang bukan menjadi ukuran.
Seharusnya BN sebagai sebuah parti yang memiliki jentera yang besar dan kuat termasuk menguasai media arus perdana yang memihak kepada mereka tidak takut untuk berdepan rakyat di Penanti. Peluang mendekati dan menawan hati rakyat semula tidak harus dilepaskan begitu sahaja. Adakah mereka gentar menggempur kubu kuat PKR itu? Selepas hari penamaan calon yang lepas, Dr Mansor Othman akan membawa cabaran PKR dan Pakatan Rakyat di Dun Penanti dan beliau akan ditentang oleh tiga orang calon Bebas.
Manusia merancang, Allah juga merancang, sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t. Dalam kemelut dan kegawatan politik Malaysia hari ini, Allah menjemput Allahyarham Ismail Yaakob (ADUN Manek Urai) menjadi tetamuNya selepas menghembuskan nafas terakhir pada 22 Mei lalu akibat sakit jantung. Justeru, PRK Dun Manek Urai, Kelantan harus diadakan selepas berlaku kekosongan akibat kematian penyandangnya. Sekali lagi jantung BN berdegup kencang untuk mengahadapi PRK tersebut walaupun senario ini tidak digemari BN.
Media pasti tertumpu kepada BN untuk mengetahui keputusan adakah mereka akan bertanding atau tidak di Dun Manek Urai tersebut. BN pasti mempertimbangkan pendirian mereka untuk bertanding di kubu kuat PAS itu. Kebanyakan pemipin PAS menasihatkan agar BN tidak bertanding untuk mengelakkan pembaziran wang rakyat dalam pilihan raya itu nanti.
Yang pasti, semua pengundi di Penanti dan Manek Urai akan menjadi hakim pada pilihan raya itu nanti. Sama-samalah kita saksikan kesudahannya…

Sunday, May 10, 2009




Ibu,
Sungguh banyak jasamu membesarkanku,
Bagai menatang minyak yang penuh,
Tanpa kenal erti penat dan jemu...

Ibu,
Kini anakmu telah dewasa,
Merantau mencari sebekal ilmu di dada,
Buat panduan hidup menjadi insan berguna...

Ibu,
Jasamu akan kuingat selamanya,
Kau ibarat permata dalam hidupku,
Sayangku kepadamu tiada titik noktahnya...


SELAMAT HARI IBU!!!

Emak anakmu akan kembali nanti =)






Thursday, May 7, 2009

PENGUMUMAN PENTING


Sebarang masalah boleh tinggalkan di ruangan ''comments"
untuk perhatian saya.

"Kebersamaan, Kesatuan, Kesejahteraan"

Sekian terima kasih..


Tuesday, May 5, 2009

SENYUM...



Salam sejahtera buat sahabat-sahabatku...
Setelah bertarung penuh kental, fizikal & mental
akhirnya exam semester 2 08/09 telah berjaya ditempuhi...
Lega seketika..Tersenyum =)

Kini aku kembali fokus kepada tanggungjawabku sebagai Exco MPMUM..
Banyak tugasan yang perlu diselesaikan segera...
Amanah dari rakan-rakan perlu ditunaikan...

Ya Allah tabahkanlah hati ini...
Semoga aku dipermudahkan segala urusan...

Monday, April 20, 2009

DUNIA OH DUNIA...


Kedengaran satu berita yang mencuit hati saya semalam apabila berita yang diutarakan oleh sebuah stesen tv iaitu UMNO Kelantan diberi masa 6 bulan untuk merancang dan melaksanakan program agar rakyat Kelantan kembali memberi sokongan kepada kerajaan (BN). Terus terlintas difikiran saya adakah rakyat Kelantan akan berubah "channel" setelah sekian lama sejahtera dan selesa dibawah kerajaan PAS Kelantan?? Satu persoalan yang dianggap menarik.

Kita sedia maklum bahawa kedudukan terkini kerajaan Kelantan dibawah kepimpinan PAS mendapat sokongan padu dari orang melayu dan bukan melayu. Malah perubahan dan pendekatan yang dilaksanakan oleh Menteri Besar iaitu Tuan Guru Nik Aziz kepada rakyat jelata telah menambat hati mereka.

Kita tunggu dan lihat adakah perancangan UMNO-BN di Kelantan akan mendapat sokongan dari rakyat jelata?? Mereka berkuasa tapi perlu ingat ada yang lebih berkuasa!!!

Saturday, April 11, 2009

ISYARAT JELAS DARI RAKYAT....

Keputusan Pilihan Raya Kecil P59, N25, N29
PR vs BN : 2-1




P59 : PARLIMEN BUKIT GANTANG


Ir. Nizar Jamaluddin (PAS) : 21860 undi
Ismail Saffian (BN) : 19071 undi
Kamarul Ramizu (Bebas) : 62 undi

PAS menang Majoriti : 2789 undi


N25 : DUN BUKIT SELAMBAU

S. Manikumar (KeADILan) : 12632 undi
S. Ganesan (BN) : 10229 undi
#13 calon Bebas hilang wang pertaruhan

KeADILan menang Majoriti : 2403 undi


N29 : DUN BATANG AI

Malcolm Mussen Lamah (BN) : 3907 undi
Jawah Gerang (KeADILan) : 2053 undi

BN menang Majoriti : 1854 undi